Analisis kelemahan penggunaan retorik penerangan dalam karangan bahasa Melayu murid tingkatan empat di SMK Tun Haji Abdul Malek, Melaka

Retorik merupakan satu subbidang linguistik yang digunakan dalam sebuah penulisan untuk menampilkan penulisan yang menggunakan bahasa yang berseni, indah dan berkesan. Penggunaan retorik juga dapat menekankan penggunaan aspek kesantunan, keterampilan dan pengaplikasian bahasa yang lebih baik dalam b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Fazlina Md. Rodi, Mariyati Mohd Nor
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Pendidikan Sultan Idris 2024-04-01
Series:Journal of Research, Policy & Practice of Teachers & Teacher Education
Subjects:
Online Access:https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JRPPTTE/article/view/8153
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Retorik merupakan satu subbidang linguistik yang digunakan dalam sebuah penulisan untuk menampilkan penulisan yang menggunakan bahasa yang berseni, indah dan berkesan. Penggunaan retorik juga dapat menekankan penggunaan aspek kesantunan, keterampilan dan pengaplikasian bahasa yang lebih baik dalam bentuk lisan dan bukan lisan. Selain itu, pemilihan penulisan karangan adalah bersesuaian sebagai salah satu instrumen utama dalam kajian untuk membuktikan keberkesanan penggunaan retorik dalam penulisan karangan murid. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis penggunaan retorik penerangan dalam karangan Bahasa Melayu murid tingkatan empat di SMK Tun Haji Abdul Malek, Melaka. Oleh hal yang demikian, terdapat tiga objektif utama kajian ini dilakukan iaitu mengenal pasti tahap kefahaman pelajar mengenai konsep retorik penerangan dalam karangan Bahasa Melayu, menganalisis penggunaan retorik penerangan dalam penulisan karangan Bahasa Melayu murid tingkatan empat di SMK Tun Haji Abdul Malek, Melaka dan menghuraikan keberkesanan pengajaran teknik retorik penerangan dalam karangan murid tingkatan empat di SMK Tun Haji Abdul Malek, Melaka. Hasil dapatan kajian dihuraikan secara kuantitatif dengan menggunakan karangan pelajar dan juga soal selidik serta disokong dengan dapatan kualitatif melalui temubual. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan retorik penerangan berdasarkan sebab dan akibat paling kerap digunakan pelajar dalam penulisan karangan sebanyak 27 kekerapan bersamaan 36%. Hal ini demikian kerana, penggunaan retorik penerangan ini dapat membantu pelajar melakukan pertautan dan kesinambungan idea yang tepat agar penulisan karangan menjadi lebih menarik dan bermaklumat.
ISSN:2232-0458
2550-1771